Adanya pada waktu ini telah tiba
Akan suatu ketika yang kita semua telah ketahui
Mungkin ada antara kita yang minta masa itu diputar kembali
Mengharap kabus putih turun
Membawa lembaran kasih bersama ikatan yang terbina
Antara kau da aku
Antara kita dan mereka
Aku
Kau yakinkan dengan sebuah ikatan
Yang kau katakan itu yang akan menemani
Hari-hari suramku
Hari-hari yang malam diselebungi sepi
Hari-hari yang siangnya tidak berawan
Engkau yang resapkan ke dalam jiwa aku kasih dan sayang
Bersama kita jalani kehidupan
Bersama kita harungi halangan
Ketawa dan air mata bergerak seiringan
Seiring dengan nada dan ritma yang bersatu
Kita kerana selalunya bersama
Tidak pernah tersedar
Waktu itu meminta kita berpisah
Kerana masanya sudah tiba
Adanya masa ini waktu untuk tidak bersama
Adakah nanti bila tidak bersua lagi
Nanti kau akan kenangkan masa kita bersama
Nanti kau ingati sapa aku
Nanti kau ingati sapa mereka
Kerana waktu itu
Ikatan ini tidak dapat menemani hari-hari suram
Ikatan ini tidak akan secerah dulu untuk menemani kita
Kerana kau dan mereka tidak lagi di sisiku..