bicara itu hidup....
Thursday, June 16, 2011
ini je aku rasa skrg.
Monday, April 11, 2011
hati kita masih bersama ke???
Adanya pada waktu ini telah tiba
Akan suatu ketika yang kita semua telah ketahui
Mungkin ada antara kita yang minta masa itu diputar kembali
Mengharap kabus putih turun
Membawa lembaran kasih bersama ikatan yang terbina
Antara kau da aku
Antara kita dan mereka
Aku
Kau yakinkan dengan sebuah ikatan
Yang kau katakan itu yang akan menemani
Hari-hari suramku
Hari-hari yang malam diselebungi sepi
Hari-hari yang siangnya tidak berawan
Engkau yang resapkan ke dalam jiwa aku kasih dan sayang
Bersama kita jalani kehidupan
Bersama kita harungi halangan
Ketawa dan air mata bergerak seiringan
Seiring dengan nada dan ritma yang bersatu
Kita kerana selalunya bersama
Tidak pernah tersedar
Waktu itu meminta kita berpisah
Kerana masanya sudah tiba
Adanya masa ini waktu untuk tidak bersama
Adakah nanti bila tidak bersua lagi
Nanti kau akan kenangkan masa kita bersama
Nanti kau ingati sapa aku
Nanti kau ingati sapa mereka
Kerana waktu itu
Ikatan ini tidak dapat menemani hari-hari suram
Ikatan ini tidak akan secerah dulu untuk menemani kita
Kerana kau dan mereka tidak lagi di sisiku..
Friday, March 25, 2011
cuRi!!!!!! nyehhh....
Dalam kasar ada kelembutan yang aku luahkan..
Mungkin kau tak pernah sedar..
Dalam dingin ada kesayuan yang ingin aku pamerkan..
Mungkin sekali lagi kau tak pernah perasan..
Sekali-sekala aku mencuri pandang untuk melihat kau...
Ada waktunya makan..
Ada waktunya berjalan...
Ada pula waktunya kau duduk bersembang...
Tapi sungguh kau tak pernah sedar..
Waktu aku mencuri itu..
Terkadang otak aku berfikir..
Apa reaksi yang akan kau pamerkan..
Apa tindakan yang akan kau lakukan...
Apabila dalam diam kau tersedar aku mencuri pandang ke arah kau..
Dan dalam masa berfikir itu pun aku tertanya lagi..
Apa reaksi yang akan aku pamerkan..
Apa tindakan yang akan aku lakukan...
Apabila sewaktu mencuri itu aku tertangkap oleh kau...
Nyehhh........
Sunday, February 20, 2011
aKu Tak BerPeraSAan!!!!~~~
Saturday, January 29, 2011
gaD!s iNi tAk SemPuRna~~

aku perempuan yang terkadang alpa dan terlupa...
again pungguk and bulan cerr!#
kamu bulan yang sentiasa menerangi malam…
Aku pungguk setia menanti dirimu..
Ingin sekali aku pergi dekat kepadamu…
Ingin sekali aku mengapai jiwa dan hatimu..
Tetapi.. aku hanya mampu memandang dari kejauhan..
Aku kerdil untuk mengapai semuanya...
Tiada daya aku untuk lebih dekat padamu...
Aku hanya mampu menanti
Aku hanya mampu memandang
Aku hanya tahu merindu
Rindu pada malam yang kau sinari
Rindu pada wajah sayu yang disinari
Engkau membuatkan aku senang pada malam....
Apa ada pada bulan sehingga pungguk begitu setia menanti saban malam????
Thursday, January 27, 2011
