Bila cinta mengamit perpisahan
Diselangi air mata yang tidak berkesudahan
Terpisah lantas mengasingkan jiwa yang tidak dapat bersatu
Tangisan sentiasa mengiringi perjalanan
Yang kini dilalui keseorangan
Setiap langkah yang diambil terasa lambat dan berat bergerak
Tidak seiring dengan masa yang cepat berlalu pergi
Walau secepat mana masa itu berlalu
Dalam hati yang melaluinya
Sesaat itu ibarat detik masa yang berhenti tidak bergerak
Ibarat nyawa yang habis dipersia-siakan
Di penghujung jalan masih adakah yang sudi menjadi peneman diri
Menyambung jalan cerita yang dipenuhi kepahitan hidup
Melepaskan cinta dulu dipertengahan jalan
Mengorbankan sesuatu yang amat penting makna dalam keperluan
Hingga kini tercari-cari sesuatuu yang setia
Seperti cinta lama
Yang telah usang ditinggalkan
Kerana lelahnya aku seorang insan.....................
sedihnyer.... haha
ReplyDelete