Thursday, June 16, 2011

ini je aku rasa skrg.

kenangan itu bila diimbas kembali..
masih terasa waktu dan ketika kita berada di sana..
bersama-sama hidupkan satu kenangan..
yang akan dikenang sampai mati...

Monday, April 11, 2011

hati kita masih bersama ke???

Adanya pada waktu ini telah tiba

Akan suatu ketika yang kita semua telah ketahui

Mungkin ada antara kita yang minta masa itu diputar kembali

Mengharap kabus putih turun

Membawa lembaran kasih bersama ikatan yang terbina

Antara kau da aku

Antara kita dan mereka

Aku

Kau yakinkan dengan sebuah ikatan

Yang kau katakan itu yang akan menemani

Hari-hari suramku

Hari-hari yang malam diselebungi sepi

Hari-hari yang siangnya tidak berawan

Engkau yang resapkan ke dalam jiwa aku kasih dan sayang

Bersama kita jalani kehidupan

Bersama kita harungi halangan

Ketawa dan air mata bergerak seiringan

Seiring dengan nada dan ritma yang bersatu

Kita kerana selalunya bersama

Tidak pernah tersedar

Waktu itu meminta kita berpisah

Kerana masanya sudah tiba

Adanya masa ini waktu untuk tidak bersama

Adakah nanti bila tidak bersua lagi

Nanti kau akan kenangkan masa kita bersama

Nanti kau ingati sapa aku

Nanti kau ingati sapa mereka

Kerana waktu itu

Ikatan ini tidak dapat menemani hari-hari suram

Ikatan ini tidak akan secerah dulu untuk menemani kita

Kerana kau dan mereka tidak lagi di sisiku..

Friday, March 25, 2011

cuRi!!!!!! nyehhh....

Dalam kasar ada kelembutan yang aku luahkan..

Mungkin kau tak pernah sedar..

Dalam dingin ada kesayuan yang ingin aku pamerkan..

Mungkin sekali lagi kau tak pernah perasan..

Sekali-sekala aku mencuri pandang untuk melihat kau...

Ada waktunya makan..

Ada waktunya berjalan...

Ada pula waktunya kau duduk bersembang...

Tapi sungguh kau tak pernah sedar..

Waktu aku mencuri itu..

Terkadang otak aku berfikir..

Apa reaksi yang akan kau pamerkan..

Apa tindakan yang akan kau lakukan...

Apabila dalam diam kau tersedar aku mencuri pandang ke arah kau..

Dan dalam masa berfikir itu pun aku tertanya lagi..

Apa reaksi yang akan aku pamerkan..

Apa tindakan yang akan aku lakukan...

Apabila sewaktu mencuri itu aku tertangkap oleh kau...

Nyehhh........

Sunday, February 20, 2011

aKu Tak BerPeraSAan!!!!~~~

jauh pandang aku melihat..
pohon duduk di situ tak bergerak..
batu-batu kerikil tetap tak beriak....
air dalam kolam tak berkocak...

duduk aku beralaskan rumput hijau...
berpayungkan dedaun rimbun....
berlatarkan langit biru tenang..
bertemankan seisi alam yang
yang riuh dalam damai...

mata aku berpandang pada yang tak tentu...
nafas aku tertahan-tahan dalam sedu..
alam yang tenang gagal tenangkan jiwa dan hati..
panas mata terasa..
tapi terdapat butir-butir air mata...

lama aku pandang pada alam..
tapi tidak sedetik pun..
aku rasa aku bernyawa di dalamnya..
mati hati...
mati rasa..
bertelingguh aku di situ..
tetap begitu..
berapa panjang tidak aku tahu
masa yang bergerak...
berapa banyak kawanan burung yang terbang
tidak pernah aku tahu....

esok mungkin aku pergi..
bergerak ke tempat lain..
mencari lagi sesuatu..
yang mungkin kali ini
aku terasa aku bernyawa di dalamnya.....

Saturday, January 29, 2011

gaD!s iNi tAk SemPuRna~~


aku perempuan yang terkadang alpa dan terlupa...
aku perempuan tetap gadis punyai kemahuan dan keinginan...
walau terkadang aku menyusahkan..
walau terkadang aku menyemakkan..
tetapi aku tetap gadis yang ada nilai dan harganya..
setiap yang aku lalui aku tahu menghargainya...
setiap apa yang aku rasakan dalam kehidupan aku tetap punyai perasaan yang sama seperti gadis-gadis yang lain..
cuma bezanya aku dengan mereka...
tetap ada...
aku tak pandai untuk berhias cantik setiap masa...
aku tak pernah tahu untuk bergurau manja bersama...
aku tak pernah ingin berjalan dalam keayuan..
tak juga untuk mengawal diri dalam pergaulan...

again pungguk and bulan cerr!#

kamu bulan yang sentiasa menerangi malam…

Aku pungguk setia menanti dirimu..

Ingin sekali aku pergi dekat kepadamu…

Ingin sekali aku mengapai jiwa dan hatimu..

Tetapi.. aku hanya mampu memandang dari kejauhan..

Aku kerdil untuk mengapai semuanya...

Tiada daya aku untuk lebih dekat padamu...

Aku hanya mampu menanti

Aku hanya mampu memandang

Aku hanya tahu merindu

Rindu pada malam yang kau sinari

Rindu pada wajah sayu yang disinari

Engkau membuatkan aku senang pada malam....

Apa ada pada bulan sehingga pungguk begitu setia menanti saban malam????

Thursday, January 27, 2011


bila kau menatap langit yang biru..
kau tahu nanti apa yang ada untuk kau nikmati
bila kau pandang lantai bumi yang menghijau
akan muncul siulan burung yang riang menyanyi
tatap alam dengan senyuman yang indah
pasti nanti alam kembali tersenyum dengan sejuta kemanisan
hidup juga harus begitu
kau riang mengembirakan satu hati
pasti nanti ada sejuta hati yang akan mengembirakan dirimu

Friday, January 7, 2011

bila aku menghadap cinta...
satu destinasi yang membuntukan jiwa... aku keliru dan kosong...
apa yang aku perlukan sebenarnya????
ekspresiku..
tidak langsung mengambarkan kehendak hatiku...
pandanganku...
tidak pernah terletak pada apa yang aku harapkan... jiwaku seolah-olah mati kepincangan... hidupku... ibarat kain basah di jalanan... apa tanggapan aku seriusnya pada cinta...
apa yang aku inginkan daripada sesuatu episod hidup... epilog yang semakin samar...
kayu-kayu cinta yang dulu disusun indah.. tidak pernah mengajar aku erti di sebalik huruf yang disusun membentuk C.I.N.T.A............

Wednesday, January 5, 2011

nO.---No. ~~~

kejadian ni dah berlaku beberapa hari... macam penyakit berjangkit yang menyerang manusia... seperti tak dapat dihindari... ( macam suspen jer... hahaha)

mukabuku dengan permainan no... macam best.. kite bagi satu nombor kat seseorang.. then orang tu akan balas kat status dia... macam describe mengenai tuan punya... bende alah ni dah berlaku beberapa hari.. tapi aku baru start nak main..(memang slalu ketinggalan.. huhuhu) tapi seronok gak... macam kita tahu apa yang orang fikir pasal kita... so kat bawa ni adalah beberapa status yang diaorang komen tentang aku....

start ngan pengenalan:

Suhaila Hashim

Inbox me any number between 1 and 7480 and I'll make my status your number and what I think about you. Fun thing is, only you and me know what your number is. I dare you to post this as your status. ^_____^

Pas tu ni yang aku dpt.. hehehehe...

Mia Jamiiah

1477 : hey awak! mke brutal tp atie bek! kdg2 gurau kaso0 awk wat 0wg sekeliling saket atie smpai girlfwen sy geram ngan awk!haha. jiwang jua 0wgnyew! :P

Noorfatin Zakaria

1477: 1 sekolah 1 kelas 1 asrama 1 bilik study 1 matrik. panas baran boleh? Kalau aq mrh sume bnd aq hempas. sume bnd nk pecah. ie nh kalau marah, suke "berzikir". mcm2 doa dr sume "kitab" ie leh bukak. But she a good friend in need and in deed. Otak gile2. Bile ie baik, ie baik. tp bile "nakal" she's even better. sgt tegar luar dlm. anyway, wish you best all luck in whatever you do!

Suhaila Hashim

*1477* Seorg yg kuat gelak, kuat bcakap, kuat bahan org. very straight forward. tp jgn amik ati dgn dia. sbb mmg mulut dia mcm tu. tp hati dia baik

Nor Elmira Filza


pemilik no 1477 : cosmate aku yg suke ajau aku buat jahat.haha.start rapat time 2nd year n gupe2nye kami ni same sekolah dulu.gumah pon dokek2 yo.kami suke buat baik n jahat same-same.die suke nyanyi2 pastu rekod suare sendiri then bg kawan2 dengau.euww gedik giler kot.pape pon jumaat ni kene g lab taw!aku xnak extend sbb tesis weh.hahaha

Nurhazwani Razak


1477: haa stt rapat mse thun 2 kot.. sllu ngan minah purple tu..elok la due2 org ni..suke menyakat org gak..haha tapi dlm lab expert la..result pon gempak kot! ehhe

:p

Sunday, January 2, 2011

PuNgGuK + BuLaN !!!! ehek...ehek.. haha~~~



semalam tapi tak lame pon.. rush dri bilik turun cafe.. semate-mate nak tengok bulan.. (pada hal mmg nk mkn) hahaha... pas sampai cafe mate melilau-lilau cari bulan.. ( bulan dan pungguk idea suhaila hashim) masa tu barang kat bilik tak siap sidai lagi... aku dah macam pungguk yang rindukan bulan.. ( suhaila hashim yang cakap sekali lagi..) tapi bulan pernah ke rindu kan pungguk ni????????????? ayoyo.. tak tau... :(