Friday, October 29, 2010

RASA SAYANG TUNJUK PERASAAN


indah nya hidup bila saya sayang awak....
ni hati aku tok ko... dah puas belom????

Sampai bila-bila pon 1

Aku sayang kau bodoh….

Tapi ko tak pernah faham kn…

Serius aku sakit hati bila ko tak pernah faham cara aku menyayangi ko…

Serius aku rasa nak kuarkan hati aku bagi kat ko..

Tok ko simpan dan tengok sebagai bukti yang aku betol-betol sayang kat ko...

Kenapa ko tak pernah nak faham..

Kenapa ko slalu pakse aku jadi orang lain tok sayang kan ko...

Tak boleh ke ko biarkan aku jadi aku tok tunjukkan sayang aku ni...

Memang aku tak pansai berpuisi.. bermadah kata..

Tapi apa yang aku buat dan lakukan..

Itu semua bermakna....

Sial....

Memang dari dulu sampai sekarang aku sayang ko...

Tak pernah berubah walau sekali pon..

Biarlah fizikal ko tak macam dulu..

Perangai ko makin sakitkan hati aku...

Tapi aku tetap sayang ko sengal...

Aku dengan cara aku tok sayang dan cintakan ko...

Sampai bila-bila pon....


Sampai bila-bila pon 2

Saya sayang awak setinggi langit...

Saya cintakan awak besar macam bulan....

Saya nak hidup ngan awak tak tau sampai bila....

Kalau boleh biar sama-sama mati dalam tempat yang sama....

Cinta saya kepada awak tak kan pernah berubah...

Macam mana langit tu tetap kat atas kepala kita....

Macam tu lah cinta saya tak kan pernah berganjak...

Awak tau tak...

Rasa sayang pada awak ni buatkan saya jadi acam orang lain..

Orang baru yang penuh rasa sayang n love...

Awak segala-galanya bagi saya..

Tanpa awak hidup saya tak kan jadi lengkap..

Macam mana kurangnya gula dalam kopi...

Macam mana hinanya hidup berjalan tanpa baju...

Awak kena tahu tu semua....

Setiap hari sayang..

Setiap hari rindu..

Setiap hari kasih...

Itu semua hanya satu-satunya untuk awak...

Sampai bila-bila pon..


Macam-macam orang macam-macam cara untuk meluahkan perasaan.. sekasar mana pon bahasa yang dituturkan.. selembut mana pon kata diucapkan.. niat itu tetap satu.. untuk meluahkan rasa sayang...

Saturday, October 23, 2010

CINTA RANIA

Mimpi malam yang menderitakan hati dan perasaan.. (Aryna Rania)

Mimpi semalam menjelma lagi. Terus-terusan menemani tidur malamku. Letih aku cuba mentafsir mimpi itu. Sakit yang aku tanggung setiap kali mimpi itu menjelma menyeksakan jiwa dan perasaan. Hati ini lemas dan rimas. Tiada apa yang mampu aku lakukan untuk mengusir mimpi ini pergi.. pergi jauh dari kehidupanku. Semenjak kebelakangan ini itu yang aku lalui. Kenapa dan mengapa aku tiada jawapannya. Sesak untuk aku terus berfikir. Bilakah penderitaan ini akan berakhir. Kenapa aku harus melalui semua ini. Tetapi adakalanya mimpi itu cuba memberitahu aku tentang sesuatu. Seolah-olah ada seseorang yang cuba mengingatkan aku pada kehidupan. Seseorang yang selalu muncul dalam mimpi, tetapi tidak pernah menunjukkan wajahnya. Suasana dan kedamaian yang dirasa semakin menyakitkan hati. Mimpi itu pelik. Semakin aku cuba mengkaitkannya dengan kehidupan, semakin berat dan lemah jiwa untuk mengharunginya. Apabila aku tersedar dari mimpi, secara tiba-tiba aku akan menangis. Tangisan yang cukup payah untuk ditafsir. Aku seolah-olah merasakan aku sangat-sangat merindui sesuatu. Dia yang tidak berwajah itu menyesakkan nafasku, seperti dia orang yang aku damba. Sakit hati ini seperti dicarik-carik. Cukuplah untuk malam ini. Mentari pagi, cepatlah bertandang ke dalam hidupku. Agar malam yang menderitakan ini dapat berlalu pergi. Kalau sekali pun mendung ingin menjengukkan diri, biarkan kedamain yang aku rasakan. Pagi tebarilah jalanku dengan keindahan. Jangan hampakan aku dengan kesunyian sebagai mana yang pernah aku rasakan dulu. Apabila untuk kali pertamanya aku kehilangan.

Friday, October 22, 2010

CINTA RANIA

Kau yang aku dambakan... Penantianku... (Daim)

Setiap hari aku menanti dia di sini. Mengharapkan dirinya hadir kembali mewarnai siang-siang aku. Menemani malamku yang kesuraman. Bintang ku kini malap. Bulanku tidak pernah mengambang. Penantian ini tidak pernah sekali pun mengajar aku erti kekecewaan. Aku tabah menanti kerana aku pasti dia akan kembali. Dari pagi sampai ke petang saban hari hanya kekecewaan yang mengiringi duka perjalanan. Malam kini menampakan wajah. Aku pulang lagi dengan seribu duka. Dulu hidupku tidak pernah diselubung kepiluan walaupun aku hidup dalam serba kekurangan. Dia hadir dalam hidupku mewarnai seisi jiwa. Membawa perkhabaran yang mengidahkan hati dan hari yang aku lalui. Kini aku kehilangannya. Pergi meninggalkan aku tanpa sapaan, tanpa kiriman salam, tanpa senyuman keikhlasan. Utuh tersimpan dalam ingatan aku dia pergi diiringi tangisan. Dia pergi bersama duka yang terpancar di wajahnya. Matanya seakan tidak rela dengan pemergiannya. Wajahnya seakan merayu untuk tidak ditarik pergi bersama orang-orang yang beria-ia mengaku mereka adalah keluarganya. Apalah dayaku pada waktu itu untuk menghalangnya pergi. Dia punyai keluarga, padahal aku hanya orang luar yang hanya layak berkongsi cerita. Ya hanya orang yang mampu berkongsi cerita,tawa dan tangisannya. Bukannya orang yang mampu memberikan segala kemewahan dunia. Kasih sayang yang dikongsi belum cukup kukuh untuk aku bersama dengan dirinya.

Kini entah kenapa aku meyesal membiarkan dia pergi. Semenjak pemergiannya tiada khabar diutuskan. Tiada berita dikirimkan. Aku pula setiap pagi ditempat yang sama menanti kepulangannya. Tidak rindukah dia pada teman tempat berkongsi cerita. Tidak inginkah dia kembali menjengguk teman yang sentiasa bersamanya tertawa dan ada kalannya menangis bersama tatkala ayam-ayam di reban mati dijamah musang. Apa khabar teman ceritaku. Entah-entah dia sudah melupakan diri ini yang tidak setanding dirinya. Aku hanyalah seseorang yang hanya ada ayam dan tanaman tetapi dia pula boleh membeli ayam dan tanaman aku. Malah mungkin mampu membeli diri ini juga. Berapa sangatlah harga diri ini jika dibandingkan dengan dirinya. Tetapi aku masih punya harga diri. Kini aku berserah jika ada jodoh untuk kami dipertemukan semula. Aku yakin segalanya masih ada untuk kami.

Malam masih ada harapan untuk esok. Malam sentiasa membuka kenangan lama. Tapi esok aku akan pergi dari sini. Meninggalkan Ledang tempat hidupku. Pergi membawa lembaran kehidupan yang baru. Mungkin setelah aku meniggalkan Ledang aku dapat meninggalkan juga memori aku bersama dia. Akan aku lupakan insan yang bernama teman, insan yanng mendukung nama Aryna Rania.

Thursday, October 21, 2010

ada masa untuk bercerita


Ini semua pasal kerja. dari semalam membawa ke hari ni.. tak abis-abis bekerja.. bila lah keje ni nak abis.. pas submit semua keje ni.. kene hadap exam lak.. lagi satu hal.. parah tol.. jiwa dah tinggal nyawa2 ikan jer ni.. pas ni kalau mati jiwa.. ibarat jadi patung hidup kepala kosong (masalahnyer ade ker patung hidup????? abaikan).. ikut jer gerak-gerak dari tangan-tangan yang memegang.. kalau ke kiri.. ke kiri lah hidup.. kalau ke kanan.. ke kanan lah hidup... kalau tak kene pegang duduk jer lah hidup tak berkembang-kembang...

tak perlah.. kalau jiwa dah tinggal nyawa2 ikan.. cepat2 lah sedar.. ingat balik pada yang satu... supaya tak jadi patung hidup kepala kosong.. hahaha.. pas tu renung2kan lah.. dan selamat beramal..

HIDUP ITU BERBICARA... HAHAHA..

Tuesday, October 19, 2010

kerja... keje.... kijer... kejer... work... bile nak siap???????? haiiiiiiii..

Dulu-dulu mase first masuk tahun 3 a.k.a final year ni tak rase lah sgt kijer yg kene wat ni memberatkan… skrg ni rase mcm aku lh makhluk yang paling buuzy kat dalam dunia ni.. hahahaha.. kan dah sengal.. semalam, hari ni dan esok hanya akan bertemankan kijer-kejer yang menanti mintak diselesaikan.. huhuhu.. semua ni memang lah leh mendatangkan ketensionan di kepala manusia-manusia yang berotak… tapi selagi kita ni masih sihat mental, emosi dan fizikal.. jangan lh mentensionan diri… pandai2 lh susun jadual.. (aku tak penah wt pon.. huhuhu) wat slow2 sudah… janji siap… lagi pon.. kalau tension wat sakit jer.. nanti hidup ni jadi macam tak normal lak.. hahaha.. kita rileks jer.. duk smbil tutup mata… tarik nafas.. lepaskan perlahan-lahan... pas tu tdo.. hhahaha... yg tu jgn ikut.. nt kijer tak siap.. lain lh kalau dh betol2 nk tdo.. hehehe.. ni satu kes yang aku tak suka.. ni serius aku tak suka... when ada orang yang tension (kijer dier same jer ngan kite) pas tu dia dok tension kn orang lain yang berada di sisinyer... mmg psiko giler... I hate it.. hahaha... rase cam aku lah orang yang paling malas skali dikalangan orang2 spesies ini.... tolong lah tension sorang2.... tu aku tak kesah... jangan libatkan aku k.... hahhaha.. tapi pulak.. kadang2 orang macam ni penting gak.. sebab dia ingatkan kite pada kijer yang kite tak siapkn lagi.. SO cam ner?? Huhuhuhu... ok.. request kat orang tu tension kn kiter skali.. tapi dalam peratusan yang sgt sedikit.. hahaha leh lak cam tu.. pe2 hal.. kijer kite.. kite ingatlah sendiri.. hidup ni jangan bergantung sgt kat orang.. sebab kita hidup kita.. orang lain tu hidup diaorang lah... ingat tentang hidup sendiri.. jaga hidup sendiri.. pelihara hidup sendiri.. pas tu baru care hidup orang lain.. tapi.. of course lh ada batas nyer.. nanti tak pasal-pasal orang ingat kita ni macam mak cik-mak cik yang tak der kijer selain jaga tepi kain orang lain.. huhuhu…ok.. Finish up my work… only then was I able to enjoy my life…

Monday, October 11, 2010