Kau yang aku dambakan... Penantianku... (Daim)
Setiap hari aku menanti dia di sini. Mengharapkan dirinya hadir kembali mewarnai siang-siang aku. Menemani malamku yang kesuraman. Bintang ku kini malap. Bulanku tidak pernah mengambang. Penantian ini tidak pernah sekali pun mengajar aku erti kekecewaan. Aku tabah menanti kerana aku pasti dia akan kembali. Dari pagi sampai ke petang saban hari hanya kekecewaan yang mengiringi duka perjalanan. Malam kini menampakan wajah. Aku pulang lagi dengan seribu duka. Dulu hidupku tidak pernah diselubung kepiluan walaupun aku hidup dalam serba kekurangan. Dia hadir dalam hidupku mewarnai seisi jiwa. Membawa perkhabaran yang mengidahkan hati dan hari yang aku lalui. Kini aku kehilangannya. Pergi meninggalkan aku tanpa sapaan, tanpa kiriman salam, tanpa senyuman keikhlasan. Utuh tersimpan dalam ingatan aku dia pergi diiringi tangisan. Dia pergi bersama duka yang terpancar di wajahnya. Matanya seakan tidak rela dengan pemergiannya. Wajahnya seakan merayu untuk tidak ditarik pergi bersama orang-orang yang beria-ia mengaku mereka adalah keluarganya. Apalah dayaku pada waktu itu untuk menghalangnya pergi. Dia punyai keluarga, padahal aku hanya orang luar yang hanya layak berkongsi cerita. Ya hanya orang yang mampu berkongsi cerita,tawa dan tangisannya. Bukannya orang yang mampu memberikan segala kemewahan dunia. Kasih sayang yang dikongsi belum cukup kukuh untuk aku bersama dengan dirinya.
Kini entah kenapa aku meyesal membiarkan dia pergi. Semenjak pemergiannya tiada khabar diutuskan. Tiada berita dikirimkan. Aku pula setiap pagi ditempat yang sama menanti kepulangannya. Tidak rindukah dia pada teman tempat berkongsi cerita. Tidak inginkah dia kembali menjengguk teman yang sentiasa bersamanya tertawa dan ada kalannya menangis bersama tatkala ayam-ayam di reban mati dijamah musang. Apa khabar teman ceritaku. Entah-entah dia sudah melupakan diri ini yang tidak setanding dirinya. Aku hanyalah seseorang yang hanya ada ayam dan tanaman tetapi dia pula boleh membeli ayam dan tanaman aku. Malah mungkin mampu membeli diri ini juga. Berapa sangatlah harga diri ini jika dibandingkan dengan dirinya. Tetapi aku masih punya harga diri. Kini aku berserah jika ada jodoh untuk kami dipertemukan semula. Aku yakin segalanya masih ada untuk kami.
Malam masih ada harapan untuk esok. Malam sentiasa membuka kenangan lama. Tapi esok aku akan pergi dari sini. Meninggalkan Ledang tempat hidupku. Pergi membawa lembaran kehidupan yang baru. Mungkin setelah aku meniggalkan Ledang aku dapat meninggalkan juga memori aku bersama dia. Akan aku lupakan insan yang bernama teman, insan yanng mendukung nama Aryna Rania.
No comments:
Post a Comment