Tuesday, December 28, 2010

I LOVE u BRo !! ~~~`

My Brother is so annoying
My Brother is so sad
My Brother drives me crazy
it makes me wanna go mad.

My Brother makes my father constantly yell
My Brother makes my mother cry
My Brother makes me wanna go die, sometimes...

My Brother is crazy
My Brother is nuts
Sometimes I want to grab him and choke him til' he goes nuts

Someday I won't have my brother
and I wish that day will never come

because surely without him
I will nor be the same

Vanessa Hernandez...

I LOVE u BRo !! ~~

sempoi dan senang.. aku ok jer kalau ngan dia.. selamat je kalau jalan ngan dia... nak lintas jalan pon dia pimpin tangan aku... hahaha.. tapi.. kadang-kadnag ada gak benda yang annoying pasal dia ni... suka sangat membebel kat aku.. aku tau lah aku ni tak sesempurna mana tapi bagi aku, tuan punya diri, aku rasa aku dah ok dah pon... semua ok jer lah.. hahah.. may be dia rase tanggungjawab kot.. sebab tu lah dia macam tu... hahaha.. yang tu aku suka pasal dia... banyak gak benda yang dia ajar aku.. main gitar (walaupon aku fail..heheh..) naik motor (tp dia suka sangat suruh aku bawak 60 km/j jer... yg tu aku tak berapa nak suka... haha) repair motor... ( yang tu aku tak suka.. huhuhu).. bagi aku banyak benda yang kitaorang share.. about feeling... life... family.. hehehe.... tapi ari tu.. masa teman dia basuh mtr rxz dia tu... baru aku tau apa yang dia nak sebenarnya...
"wei kalau boleh aku tak nak blaja jauh-jauh.. aku nak jaga mak. Dan kalau boleh aku nak belikan fiqah motor... bila aku tau dia sakit... aku kesian kat dia.." itu apa yang dia cakap...

seriously... aku tak pernah agak yang dia nak nuat macam tu.. hehehe... kenapa lelaki kita susah nak faham erk???? walaupon dia rapat dengan kita... huhuhu... perangai ko bro memang macam setan... tapi.. aku tau.. ko... adalah seorang anak yang ada rasa tanggungjawab.. seorang adik yang prihatin...

ape2 hal pon aku tau ko baik.. hahaha.. sebab tu aku sayang ko... ( walaupon ko slalu gak sakitkan ati aku.. hahaha... pirana..)

Friday, December 17, 2010

bintangmu bersinar sepanjang zaman......

PENDEKAR BUJANG LAPOK


ANAKKU SAZALI


SENIMAN BUJANG LAPOK


"Tanya sama hati apa asal sayang.. adakah tandanya nampak dipandang... kumbang rayu bunga bulan dan bintang.. punya tanda-tanda hubungan mesra.."

"Risau batinku menangis risau.... makin kau jauh makin hatiku bertambah kacau... mengapa kita berpisah.. tak sanggup menahan asmara oh dengarlah... jeritan batinku...."

"Jalan yang mana hai tolonglah tunjuk.. jalan lurus ai jalan belok-belok.. aku dah penat terbatuk-batuk... bau asem ketiak siapa busuk.. lalalalalalala...."

"Malam bulan dipagar bintang.. tambah seri cuaca malam.. murni sungguh ciptaan tuhan... bulan bintang lampu alam..... andai kata bintang menyepi... bulan tidak berseri..."

Biasa dengar rangkap2 nie????? bias kata yang mengandung makna.... indah susunan kata... diseri melodi yang menangkap sesalur telinga untuk mendengar... lama sudah ciptaan digubah.... tapi masih kekal didengari.. seperti apa yang pernah dia ungkapkan.. Dia akan hidup seribu tahun lagi.... dan apa yang dimaksudkan adalah karya-karya agungnya..sebab karya itu tak pernah mati di telan masa.... dan ini telah pon dibuktikan...

Dia punyai nama yang unik.. bakat dia bagi aku sangat2 besar... .. aku kagum dengan dia... cerita dia tak pernah bosan aku tonton... tapi.. sebenarnya ada jugak lakonan dia yang aku tak tengok.. sebab ada certain cter tu tak bape masok ngan aku... tapi yang lain aku layan.. aku pon bukan peminat fanatik dia (kadar biase2 jer)... tapi aku sedih bila tau perjalanan hidup dia yang sebenar macam mane... kesian tak yah cakap lh... rase akulah kn.. pada waktu2 akhir kehidupan dia.. macam dah tak de orang hargai dia lagi... kerana erk??? aku tak tau.................................................. ( k.. aku blur jap~~~) k.. aku nak berhenti menulis.. (tetibe rase nak nangis).. huhuhu...

Sebelum tu... hargai setiap karya yang dia cipta.. setiap watak yang dibawa... setiap bait kata yang ditulis.... sebab itu semua bakal jadi sejarah.. ( ntah2 dh jd sejarah kot).. ingat, hiburan dan pedoman dari generasi ke zaman hadapan.. k...

Friday, October 29, 2010

RASA SAYANG TUNJUK PERASAAN


indah nya hidup bila saya sayang awak....
ni hati aku tok ko... dah puas belom????

Sampai bila-bila pon 1

Aku sayang kau bodoh….

Tapi ko tak pernah faham kn…

Serius aku sakit hati bila ko tak pernah faham cara aku menyayangi ko…

Serius aku rasa nak kuarkan hati aku bagi kat ko..

Tok ko simpan dan tengok sebagai bukti yang aku betol-betol sayang kat ko...

Kenapa ko tak pernah nak faham..

Kenapa ko slalu pakse aku jadi orang lain tok sayang kan ko...

Tak boleh ke ko biarkan aku jadi aku tok tunjukkan sayang aku ni...

Memang aku tak pansai berpuisi.. bermadah kata..

Tapi apa yang aku buat dan lakukan..

Itu semua bermakna....

Sial....

Memang dari dulu sampai sekarang aku sayang ko...

Tak pernah berubah walau sekali pon..

Biarlah fizikal ko tak macam dulu..

Perangai ko makin sakitkan hati aku...

Tapi aku tetap sayang ko sengal...

Aku dengan cara aku tok sayang dan cintakan ko...

Sampai bila-bila pon....


Sampai bila-bila pon 2

Saya sayang awak setinggi langit...

Saya cintakan awak besar macam bulan....

Saya nak hidup ngan awak tak tau sampai bila....

Kalau boleh biar sama-sama mati dalam tempat yang sama....

Cinta saya kepada awak tak kan pernah berubah...

Macam mana langit tu tetap kat atas kepala kita....

Macam tu lah cinta saya tak kan pernah berganjak...

Awak tau tak...

Rasa sayang pada awak ni buatkan saya jadi acam orang lain..

Orang baru yang penuh rasa sayang n love...

Awak segala-galanya bagi saya..

Tanpa awak hidup saya tak kan jadi lengkap..

Macam mana kurangnya gula dalam kopi...

Macam mana hinanya hidup berjalan tanpa baju...

Awak kena tahu tu semua....

Setiap hari sayang..

Setiap hari rindu..

Setiap hari kasih...

Itu semua hanya satu-satunya untuk awak...

Sampai bila-bila pon..


Macam-macam orang macam-macam cara untuk meluahkan perasaan.. sekasar mana pon bahasa yang dituturkan.. selembut mana pon kata diucapkan.. niat itu tetap satu.. untuk meluahkan rasa sayang...

Saturday, October 23, 2010

CINTA RANIA

Mimpi malam yang menderitakan hati dan perasaan.. (Aryna Rania)

Mimpi semalam menjelma lagi. Terus-terusan menemani tidur malamku. Letih aku cuba mentafsir mimpi itu. Sakit yang aku tanggung setiap kali mimpi itu menjelma menyeksakan jiwa dan perasaan. Hati ini lemas dan rimas. Tiada apa yang mampu aku lakukan untuk mengusir mimpi ini pergi.. pergi jauh dari kehidupanku. Semenjak kebelakangan ini itu yang aku lalui. Kenapa dan mengapa aku tiada jawapannya. Sesak untuk aku terus berfikir. Bilakah penderitaan ini akan berakhir. Kenapa aku harus melalui semua ini. Tetapi adakalanya mimpi itu cuba memberitahu aku tentang sesuatu. Seolah-olah ada seseorang yang cuba mengingatkan aku pada kehidupan. Seseorang yang selalu muncul dalam mimpi, tetapi tidak pernah menunjukkan wajahnya. Suasana dan kedamaian yang dirasa semakin menyakitkan hati. Mimpi itu pelik. Semakin aku cuba mengkaitkannya dengan kehidupan, semakin berat dan lemah jiwa untuk mengharunginya. Apabila aku tersedar dari mimpi, secara tiba-tiba aku akan menangis. Tangisan yang cukup payah untuk ditafsir. Aku seolah-olah merasakan aku sangat-sangat merindui sesuatu. Dia yang tidak berwajah itu menyesakkan nafasku, seperti dia orang yang aku damba. Sakit hati ini seperti dicarik-carik. Cukuplah untuk malam ini. Mentari pagi, cepatlah bertandang ke dalam hidupku. Agar malam yang menderitakan ini dapat berlalu pergi. Kalau sekali pun mendung ingin menjengukkan diri, biarkan kedamain yang aku rasakan. Pagi tebarilah jalanku dengan keindahan. Jangan hampakan aku dengan kesunyian sebagai mana yang pernah aku rasakan dulu. Apabila untuk kali pertamanya aku kehilangan.

Friday, October 22, 2010

CINTA RANIA

Kau yang aku dambakan... Penantianku... (Daim)

Setiap hari aku menanti dia di sini. Mengharapkan dirinya hadir kembali mewarnai siang-siang aku. Menemani malamku yang kesuraman. Bintang ku kini malap. Bulanku tidak pernah mengambang. Penantian ini tidak pernah sekali pun mengajar aku erti kekecewaan. Aku tabah menanti kerana aku pasti dia akan kembali. Dari pagi sampai ke petang saban hari hanya kekecewaan yang mengiringi duka perjalanan. Malam kini menampakan wajah. Aku pulang lagi dengan seribu duka. Dulu hidupku tidak pernah diselubung kepiluan walaupun aku hidup dalam serba kekurangan. Dia hadir dalam hidupku mewarnai seisi jiwa. Membawa perkhabaran yang mengidahkan hati dan hari yang aku lalui. Kini aku kehilangannya. Pergi meninggalkan aku tanpa sapaan, tanpa kiriman salam, tanpa senyuman keikhlasan. Utuh tersimpan dalam ingatan aku dia pergi diiringi tangisan. Dia pergi bersama duka yang terpancar di wajahnya. Matanya seakan tidak rela dengan pemergiannya. Wajahnya seakan merayu untuk tidak ditarik pergi bersama orang-orang yang beria-ia mengaku mereka adalah keluarganya. Apalah dayaku pada waktu itu untuk menghalangnya pergi. Dia punyai keluarga, padahal aku hanya orang luar yang hanya layak berkongsi cerita. Ya hanya orang yang mampu berkongsi cerita,tawa dan tangisannya. Bukannya orang yang mampu memberikan segala kemewahan dunia. Kasih sayang yang dikongsi belum cukup kukuh untuk aku bersama dengan dirinya.

Kini entah kenapa aku meyesal membiarkan dia pergi. Semenjak pemergiannya tiada khabar diutuskan. Tiada berita dikirimkan. Aku pula setiap pagi ditempat yang sama menanti kepulangannya. Tidak rindukah dia pada teman tempat berkongsi cerita. Tidak inginkah dia kembali menjengguk teman yang sentiasa bersamanya tertawa dan ada kalannya menangis bersama tatkala ayam-ayam di reban mati dijamah musang. Apa khabar teman ceritaku. Entah-entah dia sudah melupakan diri ini yang tidak setanding dirinya. Aku hanyalah seseorang yang hanya ada ayam dan tanaman tetapi dia pula boleh membeli ayam dan tanaman aku. Malah mungkin mampu membeli diri ini juga. Berapa sangatlah harga diri ini jika dibandingkan dengan dirinya. Tetapi aku masih punya harga diri. Kini aku berserah jika ada jodoh untuk kami dipertemukan semula. Aku yakin segalanya masih ada untuk kami.

Malam masih ada harapan untuk esok. Malam sentiasa membuka kenangan lama. Tapi esok aku akan pergi dari sini. Meninggalkan Ledang tempat hidupku. Pergi membawa lembaran kehidupan yang baru. Mungkin setelah aku meniggalkan Ledang aku dapat meninggalkan juga memori aku bersama dia. Akan aku lupakan insan yang bernama teman, insan yanng mendukung nama Aryna Rania.

Thursday, October 21, 2010

ada masa untuk bercerita


Ini semua pasal kerja. dari semalam membawa ke hari ni.. tak abis-abis bekerja.. bila lah keje ni nak abis.. pas submit semua keje ni.. kene hadap exam lak.. lagi satu hal.. parah tol.. jiwa dah tinggal nyawa2 ikan jer ni.. pas ni kalau mati jiwa.. ibarat jadi patung hidup kepala kosong (masalahnyer ade ker patung hidup????? abaikan).. ikut jer gerak-gerak dari tangan-tangan yang memegang.. kalau ke kiri.. ke kiri lah hidup.. kalau ke kanan.. ke kanan lah hidup... kalau tak kene pegang duduk jer lah hidup tak berkembang-kembang...

tak perlah.. kalau jiwa dah tinggal nyawa2 ikan.. cepat2 lah sedar.. ingat balik pada yang satu... supaya tak jadi patung hidup kepala kosong.. hahaha.. pas tu renung2kan lah.. dan selamat beramal..

HIDUP ITU BERBICARA... HAHAHA..

Tuesday, October 19, 2010

kerja... keje.... kijer... kejer... work... bile nak siap???????? haiiiiiiii..

Dulu-dulu mase first masuk tahun 3 a.k.a final year ni tak rase lah sgt kijer yg kene wat ni memberatkan… skrg ni rase mcm aku lh makhluk yang paling buuzy kat dalam dunia ni.. hahahaha.. kan dah sengal.. semalam, hari ni dan esok hanya akan bertemankan kijer-kejer yang menanti mintak diselesaikan.. huhuhu.. semua ni memang lah leh mendatangkan ketensionan di kepala manusia-manusia yang berotak… tapi selagi kita ni masih sihat mental, emosi dan fizikal.. jangan lh mentensionan diri… pandai2 lh susun jadual.. (aku tak penah wt pon.. huhuhu) wat slow2 sudah… janji siap… lagi pon.. kalau tension wat sakit jer.. nanti hidup ni jadi macam tak normal lak.. hahaha.. kita rileks jer.. duk smbil tutup mata… tarik nafas.. lepaskan perlahan-lahan... pas tu tdo.. hhahaha... yg tu jgn ikut.. nt kijer tak siap.. lain lh kalau dh betol2 nk tdo.. hehehe.. ni satu kes yang aku tak suka.. ni serius aku tak suka... when ada orang yang tension (kijer dier same jer ngan kite) pas tu dia dok tension kn orang lain yang berada di sisinyer... mmg psiko giler... I hate it.. hahaha... rase cam aku lah orang yang paling malas skali dikalangan orang2 spesies ini.... tolong lah tension sorang2.... tu aku tak kesah... jangan libatkan aku k.... hahhaha.. tapi pulak.. kadang2 orang macam ni penting gak.. sebab dia ingatkan kite pada kijer yang kite tak siapkn lagi.. SO cam ner?? Huhuhuhu... ok.. request kat orang tu tension kn kiter skali.. tapi dalam peratusan yang sgt sedikit.. hahaha leh lak cam tu.. pe2 hal.. kijer kite.. kite ingatlah sendiri.. hidup ni jangan bergantung sgt kat orang.. sebab kita hidup kita.. orang lain tu hidup diaorang lah... ingat tentang hidup sendiri.. jaga hidup sendiri.. pelihara hidup sendiri.. pas tu baru care hidup orang lain.. tapi.. of course lh ada batas nyer.. nanti tak pasal-pasal orang ingat kita ni macam mak cik-mak cik yang tak der kijer selain jaga tepi kain orang lain.. huhuhu…ok.. Finish up my work… only then was I able to enjoy my life…

Monday, October 11, 2010

Tuesday, August 31, 2010

Jangan Kecewakan Orang Yang Mencintai Kamu by Encik Ali on Monday, August 30, 2010 at 1:55am


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

* Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia- siakan orang tersebut… kamu akan menyesal melakukannya!


aku sentap bg bende alah ni.. tetiba aku rase aku dah sia-sia kn org yg mcm ni... dia pernah hadir dalam hidup aku.. tapi aku usir dia pergi tanpa alasan yang kukuh.. dan dia turuti rentak permainan aku.... ok.. ade kh sekarang aku menyesal???? huhuhu... tapi sekarang dia sunyi sepi tanpa berita.. adakah dia masih seperti dulu.. org yang sama yang selalu menemani aku.. atau kini dia telah berubah hati.. ada bagusnya dia melupakan aku.. kerana selama dia mengingati aku.. aku tak pernah menghargainya.. ok.. semoga dia bahagia... aku akan tetap begini... hehehe..

Saturday, August 28, 2010

aLaaaLala**~~~**

Bila mana hujan berhenti membasahi bumi….

Kontanglah dunia dataran kekeringan...

Bila mana sang suria berselindung di sebalik awan...

Mendunglah alam.. takdir kegelapan..

Bila mana cinta tidak mencapai kata hati..

Matilah jiwa... hidup kekosongan...

Bila mana hati berhenti untuk menyintai...

Harapan apa untuk kesudahannya...

Friday, August 27, 2010

~~~konon-konon raye lagi~~~


Cube teka.. ape bende tu.. bercahaya-cahaya.. bersinar-sinar..... di dalm botol nescafe.... hahahaha... tu lh dia bunge api dalam botol.. hasil kerja aku ngan adik aku mase raye tahun lepas... mase duk main bunge api ngan sepupu-sepupu yg masih tak baligh ni agak bosan lh.. tau-tau jer lh budk kecil.. gayat dia semacam jer... jadi aku ngan adik aku yg laki ni pon wat lah something supaye keadaan kami berdua ni tak ar bosan sgt... so itu lh hasil dia..... aku ngan adik aku ni kalau balik kampung mmg suke main bende-bnde yg b’bunyi time raye jer.. ( walaupon sebenaunyer aku takot sampai sekarg)... seronok.. duk kumpul ramai-ramai.. saudare-saudare pas tu main bende alah tu... hahahaha... aku suke main bunge api jer.. mercun ni kurang.. sebab mercun adelah sejenis bahan yang akan menyebabkan aku sakit jantung… (lemah semangt mungkin.. nt terkejut-terkejut aku)…. Tapi aku main gak… belasah jer… bukannyer slalu dapat terkejut-terkejut ni… jadi main lh aku di halaman rumah nenek kat johor… dulu main best.. semua org nk join…. Tapi sekarang ni ble dah dewasa (konon-konon jer) semua tak nak main dah.. ape hal.. aku pon tak tau.. tapi aku maintain jer dari dulu smpai sekarang.. main jer lah.. kate pon setahun sekali kn.. hahaha.. tu lh sebabnyer aku kene main ngan budak2 yg tak baligh lg.. selain aku dapat enjoy sebenarnya aku kene duk jge budak2 ni..... huhuhu... tak pe lh.... kte dh dewasa.. hahaha.. so bermain lh aku bunge api ngan budak2 kecik tu…

p/s korg tggu erk.. nt kte main lg bunge api sme2... stok bwk byk skit.... (hahahaha.. kanak-kanak.. main bunge api... tak dewase lh)

Thursday, August 26, 2010

---- konon-konon raye ----

Jom bercerita dalam mood raye… byk ke tak cter maseraye.. aku memang susah sikit nak ingt.. aku pon tak tau naper.. hahaha….. ok aku start ngan bende tg aku ingt sgt2… raye tahun lepas.. aku beraye kat johor umah nenek belah mak aku.. sebenarnyer aku lg suke raye kat umah nenek belah abah aku.. tapi memandangkan nenek ngan atok aku dah tak de.. so kte org beraye lh kat johor.. nak jage ati mak aku.. hahaha... nak jadikan cter.. pagi raye org len duk sibok pakai baju kurung lawa2... pakai itu lah ini lh bagai.. tapi aku ngan sempoi nyer pagi raye tu aku pakai t-shirt ngan tracksiut jer siap lipat sampai betis lagi.. hahaha.. pas tu kene duk kat umah jage umah lah konon2nyer.. tp ble ade org dtg aku duk diam2 jer kat umh.. wat2 umah tu mcm tak de org.. (wei ni cter btol tau.. aku tak tpu).. mls nk lyn.. diaorg ckp pon bukannyer aku fhm sgt.. so langkh berjge2 aku duk ar diam2.. mase tu semua org g sembhyg. Pas tu diorg g ziarah kubur... tgh duk sorg2 ni..( ngan adik pempuan aku.. dia ade ke tak de ke.. aku rase same jer..) tetiba diaorg balik... rupe2 nyer diaorg tak g lagi ziarah.. diorg balik nk ajak aku g ziarah sme2... so.. tnpe fikir pnjng aku pon g lh dngan keadaan aku yg sedia ade.. hahaha.. smpai jer kat kubur suddenly aku rase malu yg amat... semua org kat situ pakai lawa2...(tak lh lawa sgt.. biase2 jer) dah rase aku mcm alien yg baru mendarat kat kawasan tu.. semua pandang aku mcm lah aku ni org cacat yg org duk kene pegang slalu.. hahaha.. malu wei.. huhuhu... msti diaorg ingt aku ni kene pakse ke ape tah..

p/s: tahun ni cnfrm aku pakai lawa2.. hahahaha...

Sunday, August 22, 2010

jAri NgAn GiTar~~~~~~~

Tadi aku fesbook.. pas tu jumper lak video org pempuan main gitar.. alah-alah Yunalis. Tapi sopan jer pakai tudung ngan baju kurung. Pas tu aku pon teringatlah mase zaman dolu-dolu… Dulu mase zaman sekolah aku duduk2 ngan adik aku, tengok dia main gitar, pas tu aku pon rase nak main gak… macam best jer dapat petik gitar tu… aku try main.. aku suruh adik aku ajar aku main.. tapi hampeh.. jari aku tak sampai… tak sampai???? Tu yang jadi solan… mcm mane jari aku tak sampai.. kalau tgk lh, jari aku lg pnjng kot dari jari dier.. tapi tak sampai ble nak tukar kod laen.. leh lak dia cakap yang jari aku ni dah keras.. so tak leh lah main gitar tu… “melentor buluh biar dari rebong” tapi aku pelik naper ade jer org yang dah tue-tue tapi baru nak blaja main gitar.. ok jer aku tgk…. Ape yang kene ngan jari aku ni.. huhuhu.. malam tadi terawih aku duk tgk jari aku.. dalam hati terdetik.. a’ah jari aku keras kate laen mcm cacat... knp erk??? ------------Blank---------------- tak de jwapan... ok aku biar kan.. sebab bukannye aku kesah sgt pon.. hidup kene bersyukur... last-last mase kat skolah aku main caklempong jer.. sebabnyer... tangan aku sampai nak ketok besi yang bulat-bulat tu..... hahaha... tapi still ar dalm jiwa yang cinta kan seni ni aku nak gak main gitar.. walaupon tak boleh... kalau tak dapat main pon.. biar lh ade org yang main kn tok aku.. wala wei.... hehehe....

p/s: sebenar nyer aku boleh lh main gitar tp yg senang ar.. lagu diltopagalhei..hehehe... bdk2 pon reti main... ok lh tu dari tak leh langsung..

Thursday, August 5, 2010

lalalala.... ooooo...oo.oo..o..o

aku coba bersama hidupmu

cuba bersama dengan hatimu

walau jauh kita berada

namun semuanya terus biasa

kerna kau tahu apa hatiku

kau tahu apa jua mahuku

dalam hidup ini

kita masih ada kau dan aku untuk selamanya

dan kita mencuba untuk saling fahami

juga kita terus mencuba untuk menyayangi....

kau tahu apa jua mahuku

kau tahu apa isi hatiku

dan kita masih terus bersama

kerna engkau tahu

akan hadirku....

Tuesday, August 3, 2010

bila cerita itu rekaan

pembukaan kata dengan tajuk yang mungkin tak bermakna...
'bila cerita itu rekaan' banyak kemungkinan yang pasti akan timbul.
cerita itu mungkin kisah dari pengalaman hidup.. cerita itu mungkin datang dari pengalaman orang lain... cerita itu mugkin jua didengar-dengar dari mulut orang lain juga... yang itu mungkin tiada kepastiaanya.. mungkin juga ada.. tapi mungki kita tak pasti.. mungkin yang akan terfikir itu adalah cerita rekaan.. padahal itu cerita benar... macam mane pulak kalau cerita tak benar tapi org lain pikir itu cerita benar.... macam mane nak caye???? nak tanya siapa???? orang boleh cerita itu dan ini.. tapi tak kan kite nak percaya itu dan ini jugak..... nak tak nak kalau oranng tu sungguh-sungguh bercerita... lagi lh.... huhuhu... ade akal fikirlah sendiri.. senang cter... hahaha...

Tuesday, June 22, 2010

sulaman air mata...

Bila cinta mengamit perpisahan

Diselangi air mata yang tidak berkesudahan

Terpisah lantas mengasingkan jiwa yang tidak dapat bersatu

Tangisan sentiasa mengiringi perjalanan

Yang kini dilalui keseorangan

Setiap langkah yang diambil terasa lambat dan berat bergerak

Tidak seiring dengan masa yang cepat berlalu pergi

Walau secepat mana masa itu berlalu

Dalam hati yang melaluinya

Sesaat itu ibarat detik masa yang berhenti tidak bergerak

Ibarat nyawa yang habis dipersia-siakan

Di penghujung jalan masih adakah yang sudi menjadi peneman diri

Menyambung jalan cerita yang dipenuhi kepahitan hidup

Melepaskan cinta dulu dipertengahan jalan

Mengorbankan sesuatu yang amat penting makna dalam keperluan

Hingga kini tercari-cari sesuatuu yang setia

Seperti cinta lama

Yang telah usang ditinggalkan

Kerana lelahnya aku seorang insan.....................

Tuesday, June 15, 2010

malam yang sepi.......

malam yang sepipipi....
pak mat jual kopipipi....

nyanyian lagu sewaktu kanak-kanak... menariknya hidup waktu tu... menyanyi.. bermain... gelak tawa yang tak de sape nak halang.... hidup rase mcm dah cukup sempurna... bila waktu makin bergerak ke depan.... ape yg kita rase sekarg???? hidup n makin susah pulak kn.... byk yg nak kene fikir.... byk yg kite kene blaja.... satu perkara yg remeh hinggalh perkara yg berat.... tp tu semualh yg m'corak kn kehidupan kita ni kn.... kalau semua tu tak ade.. ape nilai kite ni hidup sebagai manusia.. yg Allah dah berikn akal dan fikiran... tp knp ade manusia yg bertindak dan b'kelakuan mcm haiwan yg tak de pon akal... malah kadan2 terlebih trok lak diaorg2 ni.... mcm hampeh jer.... knp erk diaorg mcm tu???? tah lah.. aku skrg ni boleh lh t'tny2.... tp kite sbagai manusi ni tak leh lh alpa..... risau tu slalu jer m'jentik jiwa ni.... slalu jer hati ni m'ngacau ngan soalan2 yg m'yemak kn kepala.... aku slalu b'doa dan b'harap agar aku d'jauhkn dri p'buatan manusia binatang... semua org b'hrp mcm tu kot... tah lah... aku agak jer... huhuhu... nasib dunia kini........

Wednesday, June 9, 2010

cerita mendukung seribu makna.............

Perasaan yang terluah dari hati...
Sebuah cerita cinta agong
Kisah cinta yang berabad dipendam
Demi sebuah janji...
Menuntut sejuta kesetiaan...
Sejauh mana dia kehilangan cinta...
Semakin jauh dia lari dari kehidupannya....
Menjadikan dia pergi meninggalkan jiwanya....
Selama dia mengenal cinta...
Selama itu lah dia merasakan erti kasih dan sayang.....
Membuatkan dia sangat sayang untuk kehilangan cinta....
Sekali dia kehilangan....
Tersimpan lama cinta itu untuk terhakis pergi.......
Mungkin sampai bila pun cinta itu masih berbekas di dalam hatinya....

Cerita cinta sepanjang zaman.......
"Lagenda Budak Setan"
9 Juun2010

Thursday, May 27, 2010

penantian untuk sebuah hati...
merenung semakin ke depan.....
di tinggalkan ke belakang sebuah kasih nan suci...
menatap hari arah kehilangan.....
pergi berjalan tanpa butiran derapan kaki......
merantau mengenang nasib.. duduk di negara sendiri...
ibarat dijajah di dalaman....
untungnya sabut timbul...
untungnya batu tengelam....
daya tak segagah mana untuk kembali hidup bebas....
kudrat tak melayakkn jiwa bahagia tenteram.........
nasib yang selalu dikenang-kenang...
bilakan adanya perjalanan terang yang tidak diselubungi......
sembilu keresahan........

Saturday, April 17, 2010

beban hidup???

lahir dalam kehidupan ini mengajar kita tentang kehidupan.... dalam usaha ingatkan bahagia dan gembira itu selalu..... tapi terkadang kita alpa.... duka itu pasti menjelma disebalik segala yang kita miliki..... tabahkah aku untuk harungi kehidupan mendatang kalau sinarnya tiba-tiba malap tanpa cahaya.......mampukah aku nanti bahagia kan kembali hati yang telah berduka itu...... dapatkah aku terus mengukir senyuman palsu di bibir ini.........jasad keberatan..... tapi hati ingin meneruskan........ selagi terdaya itu yang aku akan lakukan.... doakan lah kau mampu kuat untuk menguatkan mereka disekelilingku...... tabahkan hatiku teguhkan pendirianku..... sesungguhnya aku hanya manusia yang lemah....

Tuesday, April 13, 2010

aku kesengalan....................

semalam satu paper dah lepas......
pas ni...
jap jer lagi satu lagi paper aku kene hadap.....
sok pon satu lagi paper aku kene hadap.....
tiga hari tanpa henti...
apa nak jadi ar nanti......
jangan otak ni senget sudah ar.......
tolong aku tolong diri sendiri.........

Monday, April 12, 2010

hanya jiwa yang tahu..

semalam aku berfikir lagi..
entah apa yang membuatkan aku berfikir...
lemah jiwa...
tak kuat untuk aku harungi...
sebuah kehidupan yang berat untuk aku lalui...
lirikan mata kasar kehidupan itu senang...
kehidupan itu penuh warna yang cerah menyinar...
dalam jiwa terasa itu hanya satu yang belum passti benar.............